PETUA TRADISIONAL MEMANJANGKAN RAMBUT.

PETUA TRADISIONAL MEMANJANGKAN RAMBUT.
Google Image
Rambut adalah mahkota bagi wanita. Rambut yang panjang, cantik dan sihat akan menampakkan seseorang wanita itu lebih anggun dan feminin. Walau bagaimanapun untuk penjagaan rambut yang panjang agak amat sukar. Tetapi ramai wanita yang ingin memanjangkan rambut mereka dengan cepat dan berkesan. Pelbagai produk di luar sana yang menjual khas untuk memanjangkan rambut. Tetapi keberkesanannya? Bagaimana pula dengan kos?

Hari ini petuo ingin berkongsi dengan wanita tips atau petua tradisional bagaimana memanjangkan rambut anda.

1. Membeli produk rawatan rambut yang mahal tidak berguna sekiranya ia mengandungi banyak bahan kimia yang boleh membantutkan pertumbuhan rambut.
 
2. Elakkan menggunakan produk rambut seperti penyembur rambut atau gel rambut setiap hari.
 
3. Jangan cuci rambut setiap hari. Seelok-eloknya cuci 2 – 3 kali seminggu dengan menggunakan air yang tidak terlalu panas.
 
4. Cara anda mengikat rambut turut memberi impak kepada akar rambut anda. Jangan ikat terlalu ketat dan lebih baik sekiranya anda kurangkan mengikat rambut setiap hari.
 
5. Mengurut kepala merupakan cara yang paling baik untuk membuatkan rambut cepat panjang. Ini adalah kerana urutan meransang pengaliran darah yang membawa nutrien penting ke folikel rambut anda.
 
6. Sekiranya anda merasakan sebab utama rambut anda lambat tumbuh adalah kerana anda kerap menggunting rambut, anda silap. Sekiranya anda potong rambut, anda telah memotong hujung rambut yang tidak sihat dan rambut yang tidak sihat tidak akan tumbuh dengan cepat.
 
7. Menyikat rambut juga penting untuk menjadikannya cepat panjang. Secara tidak langsung sikat anda mengurut rambut dan kepala dan membantu meratakan nutrien penting ke seluruh rambut anda.
 
8. Mengubah belahan rambut juga boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut. Sekiranya anda sudah biasa dengan belahan di sebelah kiri, cuba ubah ke sebelah kanan pula. Ini dapat mengubah pengaliran darah dan dapat meransang folikel rambut anda.
 
9. Minyak zaitun mempunyai kandungan semula jadi yang bagus untuk kesuburan rambut. Gunakan minyak zaitun setiap hujung minggu. Sapukannya pada kulit kepala dan urutkan kepala anda sehingga ia meresap ke dalam akar rambut.
 
10. Teh hijau sememangnya kaya dengan anti-oksidan. Anda boleh membilas rambut anda dengan teh hijau organik dan urut kepala anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas sehingga bersih. Kulit kepala yang bersih dan segar boleh menyihatkan lagi akar rambut anda.


Jika anda amalkan semua tips di atas inshaAllah rambut anda akan cepat panjang.


SUMBER