PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN SAKIT GIGI.

PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN SAKIT GIGI.
Google Image

Sakit gigi? Sakit gigi yang teramat sangat dan boleh menyebabkan seseorang itu hilang kawalan. kalau dah kena sakit gigi nie buat apa pun tak boleh. Salah satunya akan menyebabkan cepat marah dan naik angin. Kalau sakit gigi jenis gigi yang berlubang sakitnya sampai ke kepala.

Petua tradisional akan berkongsi petua dan cara menghilangkan sakit gigi ini sementara pergi cabut. Hehehe...

CARA-CARA MENGHILANGKAN SAKIT GIGI.
  • Ambil garam ataupun cuka dan masukkan ke dalam air suam dan tak berapa panas. Kacau sehingga larut. Berkumur dengan air nie kalau boleh 3 kali sehari atau terpulanglah kepada anda berapa kali nak buat. Cuba amalkan sehingga sakit gigi itu hilang.

  • Ambil sedikit kapur sirih dan kunyah pada tempat gigi yang sakit itu. Kunyah sehingga lumat di tempat tue yer. Kunyah la sehingga sakit gigi itu akan hilang.
  • Buah belimbing buluh campurkan sedikit dengan garam dan makan terus belimbing tue.
  • Jika gigi anda berlubang cuba ambil getah buah betik muda yang terdapat di tampuk tangkainya itu dan letakkan di atas putik kapas dan terus letakkan di tempat berlubang itu.
InshaAllah semuanya akan selamat dan sakit gigi anda akan hilang. Kalau tak boleh gak pergilah ke klinik gigi yang berdekatan. Cabut pun cabutlah janji tak tanggung sakitnya. Hehehe...

Kalau rasa was-was dengan petua nie rujuk dahulu dengan orang-orang yang lebih arif. Bukan apa takut ada kesan-kesan samping jer kan?

Selamat Mencuba