PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN SAKIT CIRIT-BIRIT.

PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN CIRIT-BIRIT.
Google Image

Salah satu punca cirit birit nie adalah makanan atau air yang tercemar dan akan menyebabkan jangkitan pada usus dan cirit-birit. Terdapat sebab-sebab punca cirit-birit ini selain daripada jangkitan tetapi ini lebih jarang berlaku.

Apabila kita sebut mengenai cirit-birit ramai yang akan mengatakan memang azab. Ini disebabkan apabila seseorang cirit-birit kandungan air di dalam badan akan berkurangan dan akan menyebabkan badan menjadi lemah dan sakit perut. Cirit-birit boleh cuba diatasi dengan mengamalkan petua tradisional ini.

CARA-CARA MENGHILANGKAN SAKIT CIRIT-BIRIT. 
  • Cuba anda ambil pucuk jambu batu dan rendamkannya di dalam air panas.
  • Ambil sedikit garam dan rendam bersama daun pucuk jambu batu itu sekali.
  • Kegunaan garam ini adalah untuk membersihkan kotoran yang terdapat pada daun pucuk jambu batu tersebut.
  • Setelah dibiarkan di dalam air panas tersebut dan daun pucuk jambu telah layu, anda bolehlah terus memakan daun pucuk jambu tersebut.
  • Sebelum minum bacalah Bismillah dan salawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
 InshaAllah sakit cirit-birit anda akan hilang.