Petua Tradisional Mengharumkan Badan.

http://petuo.blogspot.com/2014/03/petua-tradisional-mengharumkan-badan.html
Petua Mengharumkan Badan.

Semua wanita ingin sentiasa harum dan wangi apatah lagi ketika bersama-sama suami dan rakan-rakan. Jika badan berbau kurang menyenangkan, suami juga akan berasa hambar ketika bersama. Disini petuo tradisional ingin berkongsi bersama anda bagaimana mengharumkan badan anda walaupun seharian anda berada di luar rumah dan sentiasa berpeluh.

Cara pertama :

  1. Ambil 15 ke 20 helai daun pandan dan kisarkannya hingga berair. 
  2. Tapis dan ambil airnya @ jusnya. Jadikan Jus @ air tapisan itu untuk dijadikan sebagai mandian anda. 
  3. Lebih baik campurkan dengan air bersih untuk mndapatkan kuantiti yang banyak.
  4. Ketika mandi gosokkan ke seluruh badan anda terutamanya di tempat-tempat yang berbau seperti di ketiak dan lain-lain tempat lagi.
  5. Lakukan mandian ini sekali seminggu.

InsyaAllah badan anda akan berbau harum dan wangi walaupun tanpa menggunakan pewangi badan yang dibeli di kedai-kedai. Suami anda akan sentiasa tersenyum ketika anda berbaring di sebelahnya.